Platinum Healty Water System



 RM
65
/sebulan*
   (Tertakluk kepada Terma dan Syarat tertentu)
  
   Ansuran Bulanan
   TIDAK PERLU SEWA        TIDAK PERLU DEPOSIT
   TIDAK PERLU  FAEDAH    TIDAK PERLU KAD KREDIT


ANTARA LAPAN KEBAIKAN

  Menukar air paip kepada air sihat yang lebih
      bersih.

  Molekul air yang lebih kecil yang mudah
      diserap oleh sel-sel badan.

 Menambah tenaga yang boleh menggalakkan
      metabolisme.

  Membuang toksin-toksin yang tekumpul di
      dalam tubuh kita dan meningkatkan kesihatan.

  Mengandungi tahap oksigen yang tinggi.

  Mengandungi mineral-mineral yang diperlukan
      dan rasanya lebih halus dan sedap.

  ORP (Potensi Pengurangan Pengoksidaan)
      yang tinggi mempunyai  keupayaan untuk
      menyingkirkan proses penuaan dan
      meningkatkan fungsi keimunan.

  Menukarkan air PH kepada alkali.

Apakah Air Kesihatan?

Ciri-ciri air kesihatan adalah:
1.  Tulen bersih
2.  Mengandungi mineral
3.  Mengandungi tahap oksigen yang tinggi
4.  Air dengan kelompok-kelompok melekul air yang lebih kecil mudah diserap oleh sel-sel kita lalu membantu
     menggalakkan metabolisme dan membuang toksin dengan berkesan.

Di Negara Jepun, China dan Russia ada banyak “Longerity Village”. Air yang diminum oleh penduduk tidak dicemari oleh udara. Kualiti juga berbeza dengan air yang kita minum. Mereka minum air yang sihat bersih serta baik untuk kesihatan.
 

Toksin: Ancaman Kesihatan Harian



Persekitaran kita telah tercemar. Makanan, air dan udara yang kita ambil setiap hari mengandungi elemen yang membahayakan kesihatan.

Makanan ringan mengandungi pengawet dan bahan tambahan tiruan dan perwarna. Sayur-sayuran dan buah-buahan mengandungi racun serangga perosak dan baja kimia. Manakala daging pula mempunyai hormon pembesaran dan antibiotik sementara makanan laut mengandungi logam berat. Udara yang kita sedut juga mengandungi asap beracun dari kenderaan dan pembuangan industri.

Apabila bahan-bahan berbahaya ini terkumpul dalam badan kita, kita lebih mudah untuk menghidap penyakit darah tinggi, kencing manis, barah, buah pinggang dan lain-lain.

Ramai pakar perubatan terkemuka seperti Dr. Hayashi Hidemitsu dan Dr. Bernard Jensen mengatakan bahawa untuk kekal sihat, kita perlu berhenti mengambil makanan dan minuman yang mengandungi toksin sementara meminum air baik untuk membersihkan badan dengan menyeluruh dan membuang toksin.

Kita tak mungkin boleh menahan nafas, ataupun berhenti makan dan minum. Adalah mustahil untuk menghalang toksin daripada memasuki tubuh kita. Sebab itulah proses detoksifikasi menjadi semakin popular.
 

Air Sihat – Pembuangan Toksin Yang Berkesan 

Cara untuk membuang toksin dari badan kita adalah dengan meminum air yang cukup dan ia adalah cara yang paling baik dan semula jadi. Meminum air yang bermutu dan mudah diserap oleh tubuh, ia dapat meningkatkan pemindahan nutrien dan pembuangan sisa. Ini boleh menjadikan kita lebih sihat dan kuat.

PH Water adalah air kesihatan di seluruh dunia. Ia menggunakan 7 tapisan untuk menapiskannya.

Filter A: Sterasyl Ceramic

Seramik terimpregnant terbaik di dunia yang dianugerahkan persijilan NSF, membuang bacteria 99.99% dan benda asing seperti kotoran, pasir dan karat.

Filter E: Bio Energy

Teknologi dari Jepun yang secara berkesan memecah molekul-molekul air kepada kelompok-kelompok terkecil, menjadikanya lebih mudah diserap oleh tubuh kita. Ia juga menambahkan kandungan oksigen dan menambah tenaga.

Filter B: Carbon Blok

Blok Karbon diaktifkan yang disahkan oleh NSF untuk menghapuskan bau dan warna yang tidak menyenangkan.

Filter F: Silver Carbon

Penapis ini menyingkirkan sisa bahan kimia mendakan, bahan cemar, logam berat dan menghilangkan bakteria seratus peratus daripada air untuk membekalkan air yang bersih dan selamat untuk diminum.

Filter C: KDF / Activated Carbon Carbon Blok

Terdiri daripada karbon diaktifkan Gred A yang diiktiraf NSF dan penukar ion logam KDF yang memenuhi standard yang diperlukan oleh FDA dan EPA Amerika Syarikat. Penuras ini menghapuskan kesemua logam berat klorin dan bahan cemar lain.

Filter G: ORP/ Alkalian Stone/ Mineral Stone

Sistem (ORP) ini mampu menghasilkan hydrogen aktif untuk mengurangkan nilai potensi elektrik air kepada negative MV yang berperanan dalam meneutralkan radikal bebas dalam badan, meningkatkan status keterlarutan oksigen, memperbaiki sistem keimunan meningkatkan status kesihatan. Batu galian semulajadi mengawal kandungan galian yang banyak, seperti kalsium, magnesium, potassium, sodium dan bahan mineral ionik, memperbaiki nilai PH air kepada alkali lemah untuk membetulkan keasidan darah dan badan.

Filter D: Resin Softener

Resin Softener berkesan dalam penyingkiran bahan-bahan kimia seperti Trihaloinethanes (THMS) logam berat dan melembutkan molekul air.

   

PH water dapat meningkatkan tahap kecerdasan badan, kejelitaan dan kehidupan yang sempurna

●  Bunga lebih segar dan tahan lama.

●  Pokok-pokok lebih hijau dan lebih segar.

●  Tambah oksigen sesuai untuk ikan.

●  Haiwan peliharaan yang tidak berbau.

●  Mengekalkan kesegaran udang.

●  Buah-buahan yang lebih segar dan tahan lama.

●  Hilangkan bau hanyir makanan laut.

●  Menjimatkan masa merendam makanan kering.

●  Menikmati khasiat persediaan herba dengan sekelip
    mata.

●  Mengekalkan khasiat dan buah-buahan.

●  Kekalkan kesegaran dan khasiat sayuran.

●  Kekalkan kesegaran daging.

●  Tidak perlu lagi mengalir air mata akibat bawang dan
    cili.

●  Lindungi kulit anda daripada minyak masak yang
    panas.

●  Menyahjangkitkan luka dan membantu menghentikan
    pendarahan.

●  Melembapkan kulit anda, secara semulajadi.

●  Tidak perlu air masak untuk membancuh minuman dan
    susu.






 


Copyright © 2010-2012 PH Water. All rights reserved. Do not copy without a written permission.
Best viewed by Mozilla Firefox 3.0 or above / Internet Explorer 5.5 or above with 1280 X 800 resolution